" arghh.. bodohnya aku! Kenapa aku ikut nafsu.."
" aduh.. aku kalah lagi dengan nafsu.."

" kenapa aku begini? Teruknya.."
Kerana nafsu diri disalahkan.. Begitulah keadaan kita apabila
terlanjur melayan kehendak nafsu. Nafsu mengajak, kita melayan. Nafsu
memang hebat. Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sanggup
kita turuti.
Semuanya kerana apa? Kerana nafsu mengajak melakukan sesuatu yang
sangat menyeronokkan. Kita suka. Akhirnya, nafsu menjadi musuh yang
sangat kita cintai.
Bayangkanlah.. keburukan nafsu seperti banyak makan, banyak tidur,
banyak cakap, marah-marah, seronok berhibur, bermegah dengan kecantikan,
sombong dengan harta kekayaan, gila pujian, rasuah, melihat aurat orang
lain, dan lain-lain adalah sesuatu yang memang menjadi kesukaan
manusia. Semuanya best-best.
Allah 'Azza Wa Jalla juga ada menyebutkan..
زُيِّنَ
لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ
وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ
الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ
الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Dijadikan terasa indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." [3:14]

Mahu menetang perkara yang kita suka? Huu.. pasti sukar.
Nafsu yang menyeronokkan itu tetap akan ada dalam diri kita walau di
mana jua. Apabila nafsu ditentang, diri kita yang terseksa. Menentang
nafsu ibarat menentang diri sendiri. Keperitan dan kesakitannya pasti
terasa. Maka ramailah dalam kalangan kita yang tidak menentang nafsu
malah rela melayannya kerana tidak mahu diri terseksa.
Lalu apa jadi selepas nafsu dituruti?
Kita rasa menyesal atau rasa terhibur?
Kita rasa menyesal atau rasa terhibur?
Kita kesal? Alhamdulillah.. bersyukurlah sekiranya kekesalan itu
wujud dalam diri kita. 'Rasa menyesal' merupakan bukti bahawa kita masih
beriman dan kita masih punya harapan.
Biarlah kekesalan itu mendorong diri kita untuk bertaubat, memohon
keampunan daripada Allah atas keterlanjuran kita. Jangan
ditangguh-tangguh taubat itu kerana pengampunan Allah tersedia buat
hamba-hambaNya yang segera memohon ampun.
Sabda Rasulullah SAW;
مَا
مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ، ثُمَّ يَقُوْمُ
فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّـهَ إِلاَّ غَفَرَ
اللَّـهُ لَهُ
"Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia menyempurnakan wuduknya.
Kemudian ia bangun, lalu mendirikan salat dua rakaat, seterusnya memohon keampunan kepada Allah, melainkan Allah mengampunkan baginya." [Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]

Mengadulah pada Allah akan kelemahan kita dalam melawan kerenah
nafsu. Selalulah meminta kekuatan dan petunjuk agar diri kita tidak
mudah tergoda oleh pujukan dan rayuan nafsu.
" Apa jadi kalau diri kita tidak rasa menyesal lalu terus hanyut dengan nafsu?"
Adush.. ruginya.. rugi besar..
malang sungguh keadaan insan yang sedemikian. Sudah melakukan dosa namun tiada rasa penyesalan, itu tandanya kita adalah penderhaka. Langsung tidak rasa bersalah terhadap dosa. Sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW;

"Sesungguhnya orang yang derhaka itu melihat dosanya bagaikan lalat yang hinggap dihidungnya."
[Riwayat Bukhari]
[Riwayat Bukhari]
Ya, memang benar. Apabila diri kita sanggup menderhaka kepada Allah
semata-mata menurut kehendak nafsu, maka dosa akan dianggap sesuatu yang
biasa. Lepas buat dosa, dibiarkan diri tanpa taubat. Seolah-olah dosa
yang dilakukan itu tidaklah memberi kesan apa-apa melainkan kepuasan
yang menyeronokkan.
Arhh.. apa sudah jadi? adakah diri kita begitu?
Jangan. Jangan bersikap sebegitu wahai diri. Jangan jadikan nafsu
sebagai Tuhanmu. Berhentilah menurut kehendak nafsumu. Jangan sampai
keseronokan dan kelekaan kita melayan nafsu menyebabkan kita rosak. Mata
kita jadi buta, tidak dapat melihat kebenaran. Hati kita jadi keras
tidak dapat dilembutkan dengan kebenaran. Lalu kita hidup dalam
kesesatan.
أَفَرَأَيْتَ
مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ
وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً
فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuan-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"[45:23]

Jelas sungguh keterangan daripada Allah itu. Maka marilah kita
bersama-sama takut kepada Allah 'Azza Wa Jalla dan berusaha menjauhkan
diri daripada segala pujuk rayu hawa nafsu. Mudah-mudahan Redha dan
Syurga-Nya menjadi milik kita. Hayati janji Allah ini;
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya."[79:40-41]
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya."[79:40-41]
*Nasihat buat diriku yang sedang bermujahadah melawan nafsu.. ^^
~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
No comments:
Post a Comment